Ingat-ingatlah musibah terburuk yang pernah kita alami atau mungkin kita tahu pernah dialami orang lain.
Ingatlah kembali, atau bayangkanlah bagaimana rasanya ketika hal itu terjadi.
Apa emosi yang kita rasakan bayangkan betapa emosi itu berkembang begitu cepat dan kuat.
Bayangkan emosi itu seperti sebiji belon.
Pada saat muncul permasalahan serius, maka belon emosi itu menggelembung begitu besar hingga hampir pecah. Saat belon menggelembung terlalu besar, maka dia akan menjadi sangat sensitif dan mudah pecah.
Kita tentu tidak ingin belon emosi kita pecah, kerana kesannya mungkin sangat buruk bagi diri kita. Kerana itu tekanannya perlu dikurangi. Gelembung belon itu perlu dikurangi. Emosinya perlu dialirkan keluar hingga ke tahap yang sederhana dan dapat ditoleransi. Buka katup emosinya dan biarkan sebahagian emosi itu keluar. Jangan alirkan emosinya pada anggota keluarga kita, Jangan hembuskan emosi itu kepada kawan-kawan atau orang disekitar kita. Jangan juga tumpahkan emosi itu pada makhluk-makhluk lain yang tidak berdosa. Hembuskan sahaja ke tempat lain, ke udara lepas yang akan mengurai emosi itu menjadi sesuatu yang tidak membahayakan.
Kini, rasakanlah perasaan lega mulai masuk ke dalam dada kita. Ketegangan beransur hilang.. dan kita dapat kembali melakukan aktiviti seperti biasanya. Kini belon emosi itu pun mulai tersenyum gembira kerana bebannya sudah berlalu pergi.
Insyallah ada banyak hal positif yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah dapat temui jalan lurus...
Nurina....
No comments:
Post a Comment