Saturday, 21 February 2015

BUNGA SAKURA




 

Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga
Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura
Pulanglah sayang
Ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu
Jangan kau sandarkan cinta padaku




Oh Sakura

Jangan kau fikirkan
Kerana cinta
Gurun Sahara
Akan menjadi hutan rimba
Pulanglah sahaja
Wahai gadisku
Oh… Sakura



KULIT PISANG

Coretan   (3)

Seorang lelaki umurnya sudah senja kelihatan sedang ketawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbiar di tengah jalan.

Dia Menggeleng-gelengkan kepalanya dan kemudian tertawa lagi...

Begitulah kelihatannya berulang-ulang kali...




Perbuatannya diperhatikan oleh seorang  remaja dari jauh....Untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dia bertanya,



"Pak cik, kenapa pak cik ketawa?"

"Pak cik ketawa tengok kulit pisang tu, nak..."

"Apa yang pelik dengan kulit pisang tu?"

Pak cik itu terus ketawa dan berkata,

"Begini. Sejak tadi pak cik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang itu.



Tetapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya
ke tepi agar orang lain tidak tergelincir lagi".

Remaja itu turut sama ketawa.

Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan..

"Ei...nak, kenapa kamu buang?"

"Saya tidak mahu terus ketawa melihat  orang lain  jatuh!" jawab remaja itu.



Kali ini pak cik itu pula termenung.

Ketawanya hilang tiba-tiba.


Pengajaran

Sering berlaku kita ingin orang lain "terkena" setelah kita terkena.  Pada hal kita seharusnya "memindahkan" pengalaman  pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.



renung-renunglah....

Friday, 20 February 2015

BELON EMOSI

Coretan   (2)


Ingat-ingatlah musibah terburuk yang pernah kita alami atau mungkin kita tahu pernah dialami orang lain.


 Ingatlah kembali, atau bayangkanlah bagaimana rasanya ketika hal itu terjadi. 


Apa emosi yang kita rasakan bayangkan betapa emosi itu berkembang begitu cepat dan kuat.


Bayangkan  emosi itu seperti sebiji belon. 


Pada saat muncul permasalahan serius, maka belon emosi itu menggelembung begitu besar hingga  hampir  pecah. Saat belon menggelembung terlalu besar, maka dia  akan menjadi sangat  sensitif  dan mudah pecah.


Kita tentu tidak ingin belon emosi kita pecah, kerana kesannya mungkin sangat buruk bagi diri kita. Kerana itu tekanannya perlu dikurangi. Gelembung belon itu perlu dikurangi. Emosinya perlu dialirkan keluar hingga ke tahap yang sederhana dan dapat ditoleransi. Buka katup emosinya dan biarkan sebahagian emosi itu keluar. Jangan alirkan emosinya pada anggota keluarga kita, Jangan hembuskan emosi itu kepada kawan-kawan atau orang disekitar kita. Jangan juga tumpahkan  emosi itu pada makhluk-makhluk lain yang tidak berdosa. Hembuskan sahaja ke tempat lain, ke udara lepas yang akan mengurai emosi itu menjadi sesuatu yang tidak membahayakan.



Kini, rasakanlah perasaan lega mulai masuk ke  dalam dada kita. Ketegangan beransur hilang.. dan  kita dapat kembali melakukan aktiviti seperti biasanya. Kini belon emosi itu pun mulai tersenyum gembira  kerana bebannya sudah berlalu pergi.


 Insyallah ada banyak hal positif yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah dapat temui jalan lurus...


 Nurina....

TALI KASUT

Coretan   (1)

Dalam perjalanan Iskandar masuk satu daerah, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang teristimewa di sebuah perkampungan tersebut yang berdekatan di situ....

"Mengapa kasut itu terlalu istimewa?"






"Siapa yang mampu membuka talinya yang tersimpul mati itu akan dapat manakluki dunia," jawab seorang pengikutnya.

"Kalau demikian bawa aku ke sana!"

Sebaik tiba di perkampungan itu, 
Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni 
di satu tempat yang nampaknya disucikan.

Setelah merenung tali kasut yang tersimpul itu, tiba-tiba iskandar terus mencabutnya. Dengan pantas iskandar memotong tali kasut itu dengan pisau. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.

"Nah sekarang aku akan menakluki dunia!'

Semua orang disekelilingnya terkejut. Telah ramai manusia dari seluruh dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, namum semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Malah terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar berjaya menakluki dunia!.


Pengajaran

Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Mereka juga selalunya mampu berfikir "di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.



renung-renungkan ...